THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Khamis, 5 Januari 2012

SALAM TAHUN BARU

Telah lama aku tidak berkesempatan untuk mencatat di ruangan ini. Kesibukkan hal-hal  keduniaan melekakan aku. 2011 banyak meninggalkan kenangan padaku. Kenangan pahit dan manis akan terus terpahat di hati. Dan tahun 2012 menjelma yang entah apa  akan berlaku. Namun yang pasti hendak tak hendak kita terpaksa lalui. Harapanku tahun ini akan lebih banyak manisnya daripada pahitnya.
2012 menanda setahun lagi meningkat umurku. Telah cukupkah bekalan aku ? Makin difikir makin takut aku menanti saat itu.
Tuhanku bantulah aku menjadi umatMu yang beriman kepadaMu!

Jumaat, 24 Jun 2011

Renungan buat diriku

Telah setengah abad aku hidup di dunia ini. Cepatnya masa berlalu. Namun, apakah persediaan ku telah ada . Apakah bekalan ku telah cukup?. Aku makin berasa takut bila mengingatkan saat itu. Aku teringat kisah-kisahku masa lalu. Oh Tuhan! Aku sering lalai untuk mengingati Mu. Aku semakin takut untuk mengingati bila tiba saat itu. Ya Allah ampunkanlah aku. Berilah petunjuk Mu kepada ku. Jadikan aku umatMu yang beriman kepada Mu. Astaghfirullah hal'azim.

Rabu, 6 April 2011

kejadian tanpa pintaku

Adakah salah sekiranya aku buat anak didikku seperti anakku sendiri?.  Aku kesal kerana kesilapan kecil, ia menjadi besar kerana sayang. Aku tahu silapku. Ingatkan anak orang boleh buat seperti anak sendiri, rupanya tidak. Tafsiran sayang itu berbeza sesama manusia. Aku ingat jika anak sendiri boleh dicubit, anak orang juga boleh begitu.. Niatku cuma nak mengajar. Namun kerana sayang aku dipersalahkan. Tak apalah. Mulai hari ini anakku tetap anakku, anak orang tetap anak orang. Tak akan ku ulang, tak akan ku sentuh lagi walaupun sentuhan sayang. Itu janjiku!!!

Ahad, 13 Mac 2011

senja

Hai dah lama kita tak ketemu. Sibuk !!! itu yang pasti. Kini baru dapat nak berfikir semula.
Di usia senja terlalu banyak yang difikirkan . Berapa lama lagi kehidupan ini dapat dinikmati? Takut ada, sedih pun ada. Alangkah bahagianya jika masa dapat diputarkan kembali. Tapi itu semua tidak mungkin. Nak tak nak kita harus hadapinya. Persediaan mesti dilakukan. Baiki diri , itu yang pasti

Jumaat, 11 Februari 2011

pertemuan

Dalam keterbatasan waktu masih sempat untuk ku mengatur sebuah pertemuan di laman ini .  Masa amat berharga untuk ku memenuhi setiap keinginan dan kewajiban sebagai hambaMu. Rebutlah masa lapang mu sebelum datang masa sesakmu. Itulah ungkapan yang sememangnya perlu untuk kita. Jadikanlah diri kita ini seorang insan yang berbakti kepada agama.Perbaiki diri kita untuk menjadikan kita lebih bertakwa. Ops sss stop dulu amalan wajibku masih tergantung !!!!

Sabtu, 15 Januari 2011

Kehidupan

Sewaktu-waktu bila diingat dan dibayangkan, setelah sekian lama di dunia yang penuh pancaroba ini, ketakutan menghantui diri ini. Apakah aku sudah bersedia menghadapi hari itu? Cukupkah persediaanku? Namun aku sedar masih terlalu banyak yang belum dilengkapkan.

Rabu, 12 Januari 2011

Selamat Datang

Baru je nak belajar berblog ni. Tak banyak lagi ilmunya. Jika sudi ajarkan saya untuk menjadikannya lebih baik......