Telah lama aku tidak berkesempatan untuk mencatat di ruangan ini. Kesibukkan hal-hal keduniaan melekakan aku. 2011 banyak meninggalkan kenangan padaku. Kenangan pahit dan manis akan terus terpahat di hati. Dan tahun 2012 menjelma yang entah apa akan berlaku. Namun yang pasti hendak tak hendak kita terpaksa lalui. Harapanku tahun ini akan lebih banyak manisnya daripada pahitnya.
2012 menanda setahun lagi meningkat umurku. Telah cukupkah bekalan aku ? Makin difikir makin takut aku menanti saat itu.
Tuhanku bantulah aku menjadi umatMu yang beriman kepadaMu!
Khamis, 5 Januari 2012
SALAM TAHUN BARU
Dicatat oleh Noor Maziah Hassan di 5:19:00 PG 0 ulasan
Langgan:
Catatan (Atom)